Monday 30 May 2011

Ingin Dicintai?

Cinta?

"Wahh!! Bestnya kalau ada orang cintakan aku!"

"Cinta? Taknaklah! Nanti kecewa!"

"Tak beranilah. Aku tak padan dengan dia."




Cinta?

Dalam zaman sekarang, bercinta itu mudah. Sangat mudah. Namun, untuk dapatkan cinta yang sejati, sangatlah susah.

Mana tidaknya, wanita yang ingin dicintai mestilah kalau boleh yang sedap mata memandang, tinggi pelajarannya, baik akhlaknya, pandai memasak dan macam-macam lagilah.

Sudah jumpa yang beragama, tetapi kurang cantiknya, maka ditolaknya cinta.


REJECT!


Itu kalau lelaki yang memilih wanita. Kalau wanita pula?

Lelaki itu mestilah kena kacak, kaya, berkerjaya, alim orangnya dan macam-macam lagi. Senang cerita, yang boleh buatkan hidup jadi senang.

Sudah berkenan dengan yang kacak, yang bila perempuan lain tengok 'sure' terpikat, tapi kerjanya pula tak seberapa. Maka yang ini pun ditolaknya.




"Haiiihhh!!! Susahnya nak bercinta kalau kurang sikit je reject!"

Kalau ditolak kerana kekurangan kita, mungkin kita boleh perbaiki. Tapi apa kan daya kalau diri kita ditolak kerana kita tak sekacak lelaki lain? Kalau kita tak secantik wanita lain?

"Dia reject kau sebab kau tak cukup tinggi?"

"Dia reject kau sebab kau tak cukup putih?"




Semua ini terjadi kerana cinta!

Hanya bila kita berbicara tentang cinta!

Tapi kalau bercakap tentang 'CINTA', pastinya semua ini tidak berlaku!




"Siapa kata rendah itu kekurangan?"

"Siapa kata gelap itu keburukan?"

Mana mungkin Allah ciptakan sesuatu yang tidak indah!

Semua ini kerana manusia yang menjadikannya ukuran. Buruk dan cantiknya manusia di mata manusia lain kerana suatu standard yang manusia sendiri tetapkan.

Tak mengapa kalau kita tak dicintai!

Tapi rugilah kita kalau tak DICINTAI!




Siapa Orang Yang Allah CINTAI?


  • Orang yang bertaqwa



Kecuali orang-orang musyrik yang telah mengadakan perjanjian dengan kamu dan mereka sedikit pun tidak mengurangi (isi perjanjian) dan tidak pula mereka membantu seorang pun yang memusuhi kamu, maka terhadap mereka itu penuhilah janjinya sampai batas waktunya. Sungguh Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa.


at-Taubah : 4



  • Orang yang cepat-cepat bertaubat, Orang yang menyucikan diri


Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah, "Itu adalah sesuatu yang kotor." Kerana itu jauhilah isteri pada waktu haid; dan jangan kamu dekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, campurilah mereka sesuai dengan (ketentuan) yang diperintahkan Allah kepadamu. Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri. 

al-Baqarah : 222


  • Orang yang adil


Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.

al-Mumtahanah : 8


  • Orang yang bertawakkal


Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membuatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal.

'Imran : 159


  • Orang yang berbuat kebaikan


Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat bailklah, Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

al-Baqarah : 195


  • Orang berjuang pada jalan Allah


Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.

as-Saff : 4




Semoga kita semua berada di bawah CINTA-NYA insya-Allah....

Aminnn...
Bookmark and Share

Tuesday 24 May 2011

Isteri Terbaik

Siapakah wanita pertama yang beriman pada awal kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.?

Siapakah wanita yang sanggup mendermakan seluruh hartanya di saat insan lain enggan membantu Nabi Muhammad s.a.w.?

Siapakah wanita yang memberikan Nabi Muhammad s.a.w. zuriat?

Siapakah wanita yang menenangkan hati suami yang gundah di saat insan lain membenci Nabi Muhammad s.a.w.?

Semua jawapan ini hanya ada pada satu insan yang sangat mulia di sisi Nabi Muhammad s.a.w. dan juga di sisi Islam kerana mulia pekertinya selaku hamba kepada Allah dan isteri kepada utusan Allah.


Menelusuri kisah cinta Rasulullah s.a.w. dan Khadijah r.a.


KHADIJAH AL-KHUWAILID

  • Terkenal sebagai Ummu al-Qasim binti Khuwailid
  • Lahir di Umm al-Qura, Makkah sekitar 15 tahun sebelum Tahun Gajah
  • Berketurunan suku Quraisy daripada keluarga Bani Asad
  • Digelar al-Tahirah (wanita suci) sejak zaman jahiliah kerana sikapnya yang sukakan kebersihan dan kesucian
  • Seorang usahawan wanita yang terkemuka sehinggakan satu kafilah dagangnya yang dihantar ke Syria menyamai dengan konsortium beberapa kafilah dagang Quraisy




Sebagaimana yang kita tahu, Khadijah bukanlah satu-satunya wanita yang dikahwini Nabi Muhammad s.a.w.

Namun, mengapakah Khadijah digelar sebagai isteri terbaik?

Ini kerana beliau mempunyai keutamaan yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang lain. Antaranya ialah :

  • Isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. sekaligus menjadi kekasih pertama di hati Nabi
  • Rasulullah s.a.w. tidak menikahi wanita lain selama mana Khadijah masih hidup 
"Selama hidup bersama-sama Khadijah, Nabi s.a.w. tidak menikahi wanita lain sampai Khadijah meninggal dunia." - Riwayat Muslim -

  • Rasulullah s.a.w. tidak mengambil hamba wanita selama mana Khadijah masih hidup
  • Isteri yang memberikan keturunan kepada Rasulullah s.a.w.
  • Rasulullah s.a.w. tidak pernah merasa marah kepada isteri ketika hanya mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Khadijah. Baginda hanya marah (marah-marah sayang) setelah mempunyai ramai isteri atas kesalahan dan karenah mereka
  • Insan pertama yang solat bersama Rasulullah s.a.w.
  • Wanita pertama antara isteri-isteri nabi yang mendapat jaminan syurga
  • Insan pertama menerima salam daripada Allah
Abu Hurairah menyatakan bahawa Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. sambil berkata : "Wahai Rasulullah, Khadijah sedang berjalan ke mari. Dia membawa bekas yang berisi kuah, makanan dan minuman. Jika dia sampai kepadamu, maka katakanlah bahawa Tuhan-Nya dan aku berkirim salam kepadanya. Dan sampaikanlah khabar gembira kepadanya bahawa dia akan mendapat sebuah rumah di syurga yang diperbuat daripada buluh, yang tidak risik (bising atau riuh) dan tidak melelahkan." (Muttafaq 'alaih)

  • Wanita pertama yang masuk dalam kategori siddiq (yang benar)
  • Insan pertama yang kuburnya disiapkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w.





Khadijah merupakan isteri kesayangan Nabi Muhammad s.a.w.  sehinggakan dimuliakan oleh suami ketika hidup dan sesudah meninggal dunia.

Pujian yang sentiasa keluar daripada bibir Nabi Muhammad s.a.w. terhadap Khadijah sentiasa menimbulkan cemburu di hati Aisyah r.a. biarpun ketika itu Khadijah r.a. sudah pun meninggal dunia.


Aisyah berkata, "Saya tidak pernah cemburu kepada seorang wanita seperti kecemburuanku kepada Khadijah kerana Rasulullah sering menyebut namanya..." (Muttafaq 'alaih)




Aisyah melanjutkan cerita,"Jika Rasulullah s.a.w. menyembelih kambing, maka Baginda berkata, 'Bahagikan kepada teman-teman Khadijah.' Saya pernah membuat Rasulullah marah apabila berkata, 'Lagi-lagi Khadijah!' Baginda berkata, ' Sesungguhnya saya amat mencintainya.'" (Muttafaq 'alaih)




TAHUN KEDUKAAN

Di saat dakwah Islam mencecah tahun ke-10 dan mengalami peristiwa besar, Rasulullah s.a.w. mengalami ujian getir apabila Allah menjemput kekasih hatinya.

Selama ini Khadijah merupakan insan yang berdiri teguh di belakang Rasulullah dalam perjuangan menegakkan syiar Islam.

Hati Baginda bertambah pilu apabila pemergian Khadijah r.a. disusuli kematian Abu Talib yang turut banyak membantu usaha dakwah Baginda.

Peristiwa ini diisytiharkan sebagai "Tahun Kedukaan".




Semoga srikandi-srikandi Islam menjadikan Khadijah r.a. sebagai contoh dalam menjadi isteri yang bukan sahaja dicintai suaminya, bahkan dicintai Allah.

Semoga perwira-perwira Islam menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh dalam memberikan isterinya sepenuh kecintaan dan didikan yang dituntut oleh Allah.

Insya-Allah... Aminnn...
Bookmark and Share

Wednesday 11 May 2011

Kenapa Hanya Sunnah Itu?


Dengar sini wahai kaum lelaki
Sering manipulasi pasal poligami
Kata kau itu sunnah Nabi
Betulkah semua itu dari hati?

Kenapa hanya sunnah poligami?
Sedangkan kencing masih berdiri

Kenapa hanya sunnah poligami?
Sedangkan makan bertangan kiri

Kenapa hanya sunnah poligami?
Sedangkan minum sambil berdiri

Kenapa hanya sunnah poligami?
Sedangkan kuku panjang seinci

Kenapa hanya sunnah poligami?
Sedangkan solat jemaah seminggu sekali

Kenapa hanya sunnah poligami?
Sedangkan Dhuha tak pernah sekali

Kenapa hanya sunnah poligami?
Sedangkan solat malam jarang sekali

Kenapa hanya sunnah poligami?
Sedangkan al-Quran hiasan almari

Kenapa hanya sunnah poligami?
Sedangkan puasa setahun sekali

Kenapa hanya sunnah poligami?
Sedangkan amalan tak sehebat Nabi

Dengar sini wahai kaum lelaki
Sering manipulasi pasal poligami
Kata kau itu sunnah Nabi
Mari dengar ceritaku ini

Sungguh nak ikut sunnah Nabi?
Poligaminya mula setelah matinya isteri

Sungguh nak ikut sunnah Nabi?
Poligaminya janda tua kematian suami

Sungguh nak ikut sunnah Nabi?
Poligaminya adil tiada iri hati

Sungguh nak ikut sunnah Nabi?
Poligamnya suci bukan nafsu di hati

Dengar sini wahai kaum lelaki
Sering manipulasi pasal poligami
Kata kau itu sunnah Nabi
Ayuh kau dengar nasihatku ini

Isteri itu amanat Ilahi
Cintailah mereka dari hati

Isteri itu amanat Ilahi
Hati mereka jangan kau sakiti

Isteri itu amanat Ilahi
Mereka umpama sayap kiri

Isteri itu amanat Ilahi
Pimpinlah mereka ke syurga abadi

Isteri itu amanat Ilahi
Ikatlah mereka pada Yang Meredhai

Isteri itu amanat Ilahi
Bukan sekadar syurga duniawi

Isteri itu amanat Ilahi
Mereka perlukan kau wahai SUAMI


Nukilan : Fantasia[110511]





Bookmark and Share

Sunday 8 May 2011

Selamat Hari Ibu

Abu Hurairah r.a berkata : Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanya, "Siapakah manusia yang paling baik berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?" Baginda menjawab : "Ibu kamu." Dia bertanya lagi : "Kemudian siapa?" Baginda menjawab : "Ibu kamu." Dia bertanya lagi : "Kemudian siapa?" Baginda menjawab : "Ibu kamu." Dia bertanya lagi : "Kemudian siapa?" Baginda menjawab : "Ayah kamu."

- Sahih Muslim -





Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

Luqman : 14


 




Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan yang membanggakan diri.


an-Nisaa : 36







Katakanlah (Muhammad), "Marilah aku bacakan apa yang diharamkanTuhan kepadamu. Jangan mempersekutukan-Nya dengan apa pun, berbuat baik kepada ibu bapa, janganlah membunuh anak-anakmu kerana miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang terlihat ataupun yang tersembunyi, janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu mengerti.


al-An'am : 151








Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.


al-Israa : 23




BELAIAN IBU


Selamat hari ibu kepada ibuku yang tercinta.

Mak, Achik sayang mak sangat-sangat tau. You are the greatest mother in the world! Moga Allah panjangkan umur mak, kurniakan kesihatan kepada mak, kurniakan kekuatan untuk mak beribadat menuju-Nya insya-Allah...Aminnn...

And for all mothers, you are also the greatest mother for your children!!!
Bookmark and Share

Saturday 7 May 2011

Diet Dari al-Quran

Begitu banyak sekali yang Islam ajarkan kepada kita tentang etika-etika makan dan minum. Semua ini dapat kita lihat melalui ayat-ayat yang Allah turunkan di dalam al-Quran.

Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w sendiri juga selalu menasihatkan para sahabat untuk makan makanan yang bersih dan yang menyihatkan. Antaranya :

 # Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
 # Memulakan makanan dengan memuji Allah. (berdoa, membaca Bismillah)
 # Makan menggunakan tangan kanan.
 # Makan ketika lapar dan bernhenti sebelum kenyang.
 # Tidak makan atau minum sehingga berlebihan.

Dengan itu, jelaslah kepada kita betapa Islam itu sangat menitikberatkan amalan pemakanan yang sihat, diet yang seimbang serta mengutamakan makanan yang bersih.




Semua ini telah pun Allah ajarkan kepada kita melalui al-Quran. Juga diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui as-Sunnah.

Jadi, segala diet-diet serta amalam pemakanan sihat yang ada pada hari ini sebagaimana yang digariskan oleh pakar-pakar pemakanan, pejabat-pejabat kesihatan serta laman-laman web hanyalah lanjutan kepada kita dalam mengamalkan gaya pemakanan yang sihat sebenarnya agar kita lebih menghargai tubuh badan kita.

Sebagaimana firman Allah :


Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.


'Imran : 191


Diet memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Dalam kita disuruh untuk menjaga tubuh badan kita, Islam mengajar kita agar makan dari sumber-sumber yang baik, yang boleh menjadikan diri kita untuk terus bertenaga bagi membolehkan kita beribadat kepada Allah.

Sebagaimana firman Allah :


Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.


al-Baqarah : 172


Allah juga memerintahkan kita agar hanya makan rezeki yang halal dan baik sahaja. Sesiapa yang memakan selain dari tu, Allah telah berfirman dalam al-Quran bahawa mereka itu adalah pengikut-pengikut syaitan.


Wahai manusia! makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.


al-Baqarah : 168


Dalam ayat-ayat sebelum ini, Allah menerangkan secara umum tentang makanan-makanan yang halal. Namun apakah contoh makanan-makanan yang diharamkan Allah kepada hamba-hambaNya?

Allah berfirman tentang perkara ini sebanyak dua kali di dalam al-Quran dengan dua ayat yang hampir serupa. Ini menunjukkan betapa Allah melarang keras kita daripada memakan sesuatu yang diharamkan.

Walaubagaimanapun, di sebalik larangan Allah yang keras itu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang telah pun memberikan kelonggaran atau pun rukhsah bagi manusia yang benar-benar dalam darurat.

Masya-Allah, betapa luasnya ilmu Allah itu sehingga mengetahui perkara-perkara yang berlaku, malah mengampunkan hambanya sebelum mereka melakukannya lagi!

Firman Allah :


Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi, dan (daging) haiwan yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa terpaksa (memakannya), bukan kerana menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


al-Baqarah : 173




Fiman Allah lagi :


Sesungguhnya Allah hanya megharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi dan (haiwan) yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah, tetapi barangsiapa terpaksa (memakannya) bukan kerana menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sungguh, allah maha Pengampun, Maha Penyayang.


an-Nahl : 115


Al-Quran bukan sahaja menceritakan tentang makanan yang halal dan haram dimakan sahaja, malah Allah turut memperincikan kepada kita akan tips-tips pemakanan serta diet yang sihat.

Allah menyatakan betapa pentingnya daging kepada kita sebagaimana yang kita tahu bahawa daging itu mengandungi protein yang sangat tinggi sekaligus memenuhi keperluan tubuh badan kita.

Sebagaimana firman Allah :


Dan haiwan ternak telah diciptakan-Nya untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menhangatkan dan berbagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan.

an-Nahl : 5


Selain daging, Allah juga mengajar kita agar tidak mengabaikan khazanah laut yang begitu bermanfaat kepada kita. bukan sahaja protein, bahkan terdapat juga sumber iodin yang diperlukan tubuh kita.

Sebagaimana firman Allah :


Dan tidak sama (antara) dua lautan; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain masin lagi pahit. Dan dari (masing-masing lautan) itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai, yang di sana kamu melihat kapal-kapal belayar membelah laut agar kamu dapat mencari kurnia-Nya dan agar kamu bersyukur.


Fathir : 12


Allah juga menyatakan kepada kita di dalam al-Quran akan kepentingan susu dalam kehidupan kita. Sebagaimana yang kita sedia maklum, susu mengandungi sumber kalsium yang tinggi yang amat diperlukan oleh tulang kita.

Sebagaimana firman Allah :


Dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberi minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang yang meminumnya.

an-Nahl : 66


Buah-buahan juga tidak terkecuali daripada al-Quran. Allah mengutuk perbuatan manusia yang menjadikan sesuatu makanan yang  pada sifat asalnya adalah baik kepada sesuatu yang membawa keburukan kepada manusia.

Sebagai contoh adalah anggur menjadi arak sebagaimana firman Allah :


Dan dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan dari rezeki yang baik. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti.

an-Nahl : 67




Dalam ayat berikut pula, Allah menceritakan kepada kita tentang kepentingan buah-buahan kepada kita sebagaimana yang diperlukan oleh sistem tubuh badan kita iaitu vitamin.



Dan Dialah yang menurunkan air dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami mengeluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma, mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya pada waktu berbuah, dan menjadi masak. Sungguh, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.


al-An'am : 99




Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa amalan pemakanan yang sihat itu telah pun Allah gariskan dalam kitab suci al-Quran.

Walaubagaimanapun, sesuatu makanan yang baik itu jika diambil berlebih-lebihan tetap akan membawa kesan yang buruk kepada tubuh badan kita.

Allah melarang kita berbuat demikian sebagaimana dalam firman-Nya :



Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.


al-A'raf : 31








Mudah-mudahan selepas ini kita semua menjadi lebih bijak dalam mengamalkan amalan pemakanan yang sihat.

Jangan kita hanya memakan daging sahaja kerana pada sumber laut, sayuran dan buah-buahan itu juga terdapat manfaat kepada kita, insya-Allah...(^_^)
Bookmark and Share

Wednesday 4 May 2011

Dari Pencuri Menjadi Dai'e

 









- muslim-manga.com -



PENGAJARAN :

Walau sejahat mana pun kita, ingatlah bahawa redha dan ampunan Allah itu sangat luas. Tidak tertutup ruang untuk kita berubah selagi mana kita sendiri yang mahu berubah ke arah kebaikan.

Semalam hanyalah sejarah, hari ini adalah realiti, esok adalah harapan.

Jadi, apa yang lepas-lepas kita jadikan sebagai pengajaran dan panduan dalam kita memperbaiki diri kita insyaAllah...




Bagimya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

Ar-Ra'd : 11
Bookmark and Share