Sunday 5 June 2011

Kerana Allah Aku Gagal!

"Aku fail exam tadi!!"

"Gagal... Bukan rezeki aku nak lepas kot.."

"Nak buat macam mana, dah Allah nak takdirkan aku fail..."




"Kerana Allah aku gagal? Biar betul tajuk ni? Nak salahkan Allah ke?"

Kalau dalam musim-musim exam macam sekarang, boleh dikatakan selalu sangat kita dengar ayat-ayat macam ayat yang ada di atas.

Ayat-ayat ini pula biasanya terjadi bila kita tidak berjaya mendapat hasil yang baik dalam peperiksaan.

Bukanlah bermaksud memperlekehkan sesiapa yang gagal, kerana kita sendiri tidak tahu bila kita pula akan menerima nasib sebegini.

Persoalannya, adakah elok untuk kita lafazkan ayat-ayat di atas?

Adakah sepertinya kita ini tidak redha akan takdir yang Allah tetapkan kepada kita?




Macam mana pula kalau ayat-ayat sebegini?

"Penat-penat aku usaha, ini je aku dapat?"

"Kalau aku tahu Allah dah takdirkan aku fail, baik aku study relax-relax je!"

"Aku usaha dah, doa dah, solat hajat dah, tawakkal pun dah.. Kenapalah aku fail jugak?"

"Aku tengok dia tu tak study sangat pun, datang surau pun tak, tapi kenapalah dia pulak yang lepas aku ni tak?"




Teruk sangat contoh-contoh atas ni.

Nampak macam contoh yang di atas ini lagi teruk dari contoh-contoh yang sebelumnya.

Alhamdulillah sahabat-sahabat sekitar saya semuanya baik-baik belaka. Tiada antara mereka yang sedih dan kecewanya hingga sanggup berkata-kata sebegini.

Walaubagaimana pun, perkara-perkara sebegini tidak mustahil untuk berlaku dan sangatlah tidak pelik jika kita terdengar akan kata-kata sebegini.

Kerana manusia ini sifatnya memang suka meletakkan kegagalan sendiri kepada orang lain.




Jadi bersempena dengan musin exam ini, mari kita sama-sama berfikir sejenak kenapa agaknya Allah gagalkan usaha kita jika kita ini hamba-Nya yang beriman dan benar-benar mengharapkan keredhaan-Nya?

  • Kenapa Aku Sering Diuji?
"Kenapa Allah gagalkan aku sedangkan aku benar-benar mengharapkan kejayaan?"

Kerana sesungguhnya Allah memberikan kita kegagalan semata-mata untuk menguji keimanan kita. Allah ingin menguji adakah kita ini sekadar mukmin yang benar-benar beriman apabila diberikan rezeki yang baik tetapi kembali ingkar apabila kegagalan yang dijadikan ganjaran.

Ingatlah bahawa selagi Allah menguji kita, selagi itulah kita bertuah kerana kita sebenarnya diberikan perhatian oleh-Nya sedangkan ada insan lain yang dibiarkan hanyut leka dengan kejayaan yang diperoleh.




Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.

al-'Ankabut : 2-3


  • Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-idamkan?
"Kenapalah aku gagal? Kalau aku lulus tadi kan best!"

Allah itu pencipta kita. Pastinya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Kejayaan itu bukanlah segala-galanya jika ianya tidak membawa hati kita kepada Allah. Mungkin kegagalan itu Allah hadiahkan kepada kita agar kita menjadi lebih beriman di samping mendapat juga kejayaan yang sama walaupun lambat.



Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kau menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

al-Baqarah : 2




  • Kenapa Aku Diuji Ujian Seberat Ini?
"Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Kenapa mesti aku yang gagal?"

Andai kita tahu besarnya nilai orang yang diuji Allah dengan kegagalan, pasti kita berasa sangat bertuah dan bersyukur kerana kita dipilih. Allah hanya menguji kita dengan kegagalan kerana Allah itu sifatnya Maha Mengetahui dan benar-benar tahu bahawa kita ini mampu menghadapi ujian sebegini.

Mungkin jika ujian yang sama diberikan kepada orang lain, belum tentu sabar dan tabahnya mereka menghadapi ujian itu akan sebaik yang kita lalui. Ingatlah bahawa semakin Allah menguji kita, semakin bertambahlah perhatian yang Allah berikan kepada kita insya-Allah.




Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dia dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Y Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

al-Baqarah : 286




  • Bagaimana Akan Aku Hadapi Ujian Ini?
"Mampukah aku untuk aku hadapi ujian ini?"

Ingatlah kita bahawa hati insan yang menggagalkan kita dalam peperiksaan (profesor), hatinya juga dipegang oleh Allah sebagaimana Allah yang memiliki hati-hati kita. Berdoalah pada Allah agar melapangkan hati mereka untuk meluluskan kita di samping kita berdoa kepada Allah agar mempermudahkan hati kita.

Kita juga perlu yakin bahawa semua ini ujian daripada Allah dan Allah pula menyukai orang-orang yang bersabar dalam menghadapi ujian. Maka bersamalah kita belajar untuk bertabah hati dalam menerima segala ujian yang Allah berikan kepada kita.




Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.

'Imran : 200



Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

al-Baqarah : 45


  • Apa Yang Boleh Aku Peroleh Dari Ujian Ini?
"Kenapa Allah uji aku sebegini rupa?"

Yakinlah kita bahawa setiap sesuatu yang Allah tetapkan itu pasti ada hikmahnya. Tidak kiralah apa jua hikmahnya, kita perlu yakin bahawa setiap yang Allah berikan itu terbaik untuk kita.

Kalau hikmahnya itu tidak kita peroleh di dunia, pastinya ada nikmat yang lebih besar yang Allah sediakan untuk kita yang menanti kita di akhirat kelak. Siapa yang tidak mahu masuk syurga kan?




Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.

at-Taubah : 111




"Kerana Allah aku gagal!"

Setelah panjang dijelaskan di atas, bolehlah disimpulkan di sini yang walaupun kejayaan yang kita kejar, pastinya kadang kala kegagalan itu akan datang menjenguk kita.

Namun kegagalan itu juga datangnya daripada Allah sebagai satu tarbiyah dalam Allah mendidik kita untuk menjadi mukmin yang lebih matang dan lebih bersedia menghadapi ujian yang lebih besar.

Allahu'alam...

Kepada semua sahabat-sahabat, selamat berjuang dalam menghadapi peperiksaan. Hasil itu datangnya kemudian, yang pentingnya usaha, insya-Allah. Ma'at taufiq wannajah.. Aminnn...



Bookmark and Share

34 comments:

Eja Razif said...

gagal test hari ini...sedih sangat..Allah sedang menguji.

Unknown said...

thnx to this entry... it does open my eyes.. :)

MyNameIsLittleOtaku said...

Alhamdulillah~* Saya hampir putus semangat sedangkan baru sehari peperiksasn apabila mengetahui markah ujian B.M saya gagal.Jatuh merundum darimendapat PMR 'A' ke Fail...32%...Form 4..Saya tak sanggup bila dengar berita sebegitu.Maruah sebagai seorang bangsa Melayu jatuh begitu shj sedangkan saya amat sukakan penulisan dan banyak latihan demi latihan saya lakukan.Apakan daya, Jika Allah itu Maha Pemurah ...Maha Penyayang ...pasti ada hikmah disebaliknya. Astaghfirullah...sebak dada :'( ...Teruk betul saya ni...

MyNameIsLittleOtaku said...

Alhamdulillah~* Saya hampir putus semangat sedangkan baru sehari peperiksasn apabila mengetahui markah ujian B.M saya gagal.Jatuh merundum darimendapat PMR 'A' ke Fail...32%...Form 4..Saya tak sanggup bila dengar berita sebegitu.Maruah sebagai seorang bangsa Melayu jatuh begitu shj sedangkan saya amat sukakan penulisan dan banyak latihan demi latihan saya lakukan.Apakan daya, Jika Allah itu Maha Pemurah ...Maha Penyayang ...pasti ada hikmah disebaliknya. Astaghfirullah...sebak dada :'( ...Teruk betul saya ni...

Unknown said...

terima kasih atas perkongsian yang baik..
u make me feel better..
baru dapat result final dan ermm..hahaha...
tq tq tq dan tq

Zareda Norman said...

Terima kasih atas perkongsian ini. Sgt membantu

Akmal said...

kipidap don dibab

Unknown said...

Terima kasih atas entry ni.saya gagal dah banyak kali.sampaikan saya rasa sayalah orang paling bodoh.saya jadi emosi dan tanak cuba dah.

Unknown said...

saya merupakan calon SPM 2016, dan saya juga mengambil subjek biologi. Rasa sedih teramat bila tengok markah bio saya. Tak pernah lulus. Saya rasa macam nak putus asa dan tak nak belajar. Tapi Allah tunjuk saya website ni. Buat saya rasa bersemangat semula dan tawakal kepada Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita untuk menghadapi peperiksaan kelak.

Unknown said...

saya merupakan calon SPM 2016, dan saya juga mengambil subjek biologi. Rasa sedih teramat bila tengok markah bio saya. Tak pernah lulus. Saya rasa macam nak putus asa dan tak nak belajar. Tapi Allah tunjuk saya website ni. Buat saya rasa bersemangat semula dan tawakal kepada Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita untuk menghadapi peperiksaan kelak.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

dulu masa tingkatan 1 sy selalu je dapat no. yang tinggi drpd kawan sy . sekarang tingkatan 2 mashaallah jatuh tersungkur , selalu di bawah . Kawan dapat A sy dapat B. Mashaallah tipu la kalau tak sedih:( Sedih sngt2 down gila. Exam awal tahun result better tp kawan punya dua kali ganda bagus sape tak nak kan? Tak dengki cuma fikir betapa teruknya diri ni , salah apa sampai jadi macam ni? Kenapa aku bodoh? Apa salah aku dgn Allah ,Parents 😭 .Sy baru je habis final exam , then cikgu Sivik tunjuk markah sy dapat B 82 kawan dpat A 87 ya allah sedihnya ! Tu baru Sivik subject tak penting tp still sedih Mana lah silap sy, sy dah usaha,doa,tawakkal . Semoga Allah permudahkan segala urusan hidp sy dan bukak hati ni supaya jadi umat yang lebih baik , amin 😭😭😭😭😭💔

Unknown said...

dulu masa tingkatan 1 sy selalu je dapat no. yang tinggi drpd kawan sy . sekarang tingkatan 2 mashaallah jatuh tersungkur , selalu di bawah . Kawan dapat A sy dapat B. Mashaallah tipu la kalau tak sedih:( Sedih sngt2 down gila. Exam awal tahun result better tp kawan punya dua kali ganda bagus sape tak nak kan? Tak dengki cuma fikir betapa teruknya diri ni , salah apa sampai jadi macam ni? Kenapa aku bodoh? Apa salah aku dgn Allah ,Parents 😭 .Sy baru je habis final exam , then cikgu Sivik tunjuk markah sy dapat B 82 kawan dpat A 87 ya allah sedihnya ! Tu baru Sivik subject tak penting tp still sedih Mana lah silap sy, sy dah usaha,doa,tawakkal . Semoga Allah permudahkan segala urusan hidp sy dan bukak hati ni supaya jadi umat yang lebih baik , amin 😭😭😭😭😭💔

Unknown said...

Alhamdulillah Allah gerak kan haty saya tenguk entry ni...tadi baru sahaja tenguk result sem 1... down gila dpat tau yg kena tendang keluar...rasa macam...nak mati pon ada...tapi Allah bagi saya jalan...alhamdulillah

Anonymous said...

Terima kasih atas entry ini. Sangat membantu saya untuk terus berusaha walaupun gagal dalam peperiksaan.

Aisyah said...

Ya allah jauh jauh mencari rezeki tapi gagal pulang tidak membawa apa apa... Sabar ini semuanya ujian cobaan yang indah. 😊

Anonymous said...

a good post, and i cant really looking forward cause ive failed a big test that consumed my energy, my saving money, my times..

Lula Nazra said...

betul tu,bila dah usaha byk tp ,markah dpt sikit ja..bukan rezeki dpt markah tinggi

Anonymous said...

"a good post, and i cant really looking forward cause ive failed a big test that consumed my energy, my saving money, my times.."

I feel the same bro but your energy, your saving money and your time is not yours... In another word, your failure too, is not yours.

Feel no pain, feel no scared.. Allah shall arrange it well.. (I'm telling myself too)

Ain said...

hem dapat tahu markah math saya 34 dan mestilah gagal. kebetulan , hari sebelum ujian math , ayah saya tiba-tiba jatuh sakit dan dihantar ke hospital dan di masukkan kedalam wad. semasa hari peperiksaan saya juga rasa risau dan tidak tenteram. saya rasa tak selesa. dan saya mengaku juga saya tidak buat banyak persedian untuk sub math. saya mengaku saya lemah sub ini. saya tidak memberi alasan bahawa sebab ayah saya sakit sayab tidak bole jawab. tidak. salah diri saya sendiri kerana tidak fokus. malu juga. dan saya rasa saya seorang je gagal. malu sangat bila saya gagal math sedgkan saya bawah sub tambahan iaitu akaun. tetapi lepas baca ini saya sendikit tenang. ya redha dan berusaha lagi. naik raya tadah tangan je untuk dirotan. haha

Anonymous said...

aq dah masuk college swasta kerana ibu suruh walaupun dapat 7a spm, skrang ni struggle gila dgn course programming, aq skrang dh slowly2 murung dan nk bayangkan bunuh diri. Keluarga aq dh bercerai. Skrang apa aq buat. kalau fail course, kene repeat. abiskan duit mak bapak. aq bukan kaya, disebabkan ibu aq kata pegi belajar college swasta semata-mata nk samakan aq dgn orang2 yang bagus dari universiti kerajaan. tengoklah aq, internship x dapat, cgpa bawah 3.0, patut lagi ke nk hidup dgn sengsara sekarang?

mirulpanda said...

Thank you sgt for this beautiful words, tbh, esok jpj test Kali ke 4 :,). Thanks to Allah temukan saya dgn page ni

Unknown said...

Ya Allah terima kasih byk2 kerana Engkau telah temui ini kepadaku. Engkau tabahkanlah ku dan hamba2 Mu yang lain yang juga sedang menghadapi kegagalan sepertiku, sesungguhnya Engkau lah maha pengasih lagi maha penyayang. Aminnn

Anonymous said...

such a beautiful words , thankyou for the sharing. gagal dalam exam mmg perit dan sukar untuk diterima. kawan2 lain seronok teruskan semester baru tanpa fikir paper kena repeat, sedangkan kita terkejar2 masuk class junior untuk repeat paper yang fail. kadang2 terfikir untuk quit, tapi bila mengenangkan muka parents kita, mesti dioarg akan lagi sedih kalau dengar anaknya nak berhenti belajar dan cepat sangat putus asa. saya pasti Allah dah susun jalan cerita saya sebaik baiknya. Allah adalah sebaik perancang.

Unknown said...

Jgn putus asa shbt2....ada org x berapa cemerlang dkm pendidikan...ttp cemerlang dln kerjaya...ada yg cemrlng dlm penddikan...tp x begitu cemerlng dlm kerjaya...

Yg pntg jgn putus ada...bersbr Dan terus berdoa...masa depan kita belum tentu di mana.

InsyaAllah kejayaan akan dicapai akhirnya..

Unknown said...

Thankyou for this such a wonderful word.. sy lebih bersemangat

Unknown said...

Assalamualaikum... Hari ini aku dapat tahu yg aku telah gagal satu subjek dalam Sem 1.Aku rasa yakin akan lulus, tapi Allah maha mengetahui dan menentukan segalanya. Awalnya, aku rasa sangat down dan malu untuk melalui hari esok berjumpa dengan kawan2. Alhamdulillah, dapat jumpa blog ni. Semangat untuk tidak putus asa dah ada kembali. Semoga Allah permudahkan perjalanan sepanjang pembelajaran aku.

Unknown said...

Betul tu test engineering math hmmmm semoga dapat cemerlang. Ujian test kedua engineering math dgn sains doa kan semoga saya cemerlang ... Ujian online hmmmm

Unknown said...

Semoga berjaya

Anonymous said...

aku nak bg dekan kat mak aku sem ni, tapi markah kuiz, semua aku yg paling rendah ... Allah, aku rasa aku teruk sgt... sedih weh =C.. bygkan sem lepas aku boleh happy sbb dpt markah bagus, tapi sem ni.. Afgtafirullah

Anonymous said...

Semalam exam SPP. gagal. Pagi ni 29.10.2021 terjumpa penulisan ini yang 5-6thn lalu.. Allahuakbar... Penulisan yg banyak menjawap persoalan entah apa2 saya semalam tentang keputusan exam spp. Sedih, kecewa... Bayangkan saya dah cuba lebih 15 kali exam spa,spp tapi satu pun tak pernah lulus..sy usaha mcm2 dan setiap kali exam sy tetap lakukn yg terbaik... Namun keputusan tetap sama... Kecewa kan ? Tapi penulisan ni tetap bagi sy semangat semula. Alhamdulillah terima kasih. Doakan sy semoga satu hari saya dapat dgn jaya nya jawatan impian dalam spa,spp ke, atau mana2 agensi kerajaan yg lain. Amiinn

Anonymous said...

Rasa down sangat² hrini sbb fail��. Pstu try google kenapa sy perlu bersyukur sedangkan sy fail. Alhamdulillah terima kasih kepada penulis sbb bgi kesedaran kepada saya. Betulla org ckp bila kita selalu kat ats pastu tiba² kita jatuh memang kita rasa down sgt². Doakan sy berjaya❤️

Anonymous said...

Sama macm saya����masa upper form sy antara yg bijak la klau dalam kelas. Selalu dpt A pastu dpt pointer selalu 3.50 keatas. Tiba² masuk kolej sy sorang jer yg x dpt 3.5. Kwn sy yg lain semua dpt 3.50.x thu la berapa klai dah nangis sbb rasa kecewa sangat-sangat dengan diri sendiri. Sy Cuba bangkit sem seterusnya tpi still x dpt jgk 3.50 tu. Sekarang ni sem 3. Doakan sy berjaya sekali pun takpe. Nak sgt mak ayah bangga������

Anonymous said...

tak tahulah nak bersyukur ke tidak hidup macam ni. Berusaha dan berusaha. kadang2 pikir kenapa terlalu banyak ujian. dulu masa kerja kat middle east seronok, berlipat ganda rezeki. pergi umrah anytime. sekarang sejak dtg UK rasa tertekan pun ada. kerja dan kerja. bila berdoa tu sll menangis dgn kehidupan sekarang. susah nak dapat kerjaya yang diinginkan.

Post a Comment