Tuesday, 26 April 2011

Istana Kita Menanti Di Syurga

Kata Tsana, "Ketika menjejakkan kaki ke Kaherah, mereka menyewa sebuah pejabat untuk digunakan sebagai ibu pejabat. Ketika itu, ibu mengambil hampir semua perabot rumah untuk digunakan di ibu pejabat. Ketika ayah menubuhkan sekretariat Ikhwanul Muslimin, ibu malah meminta ayah membawa sebahagian besar perabot rumah agar sekretariat menjadi lebih hidup. Ayah pun memindahkan permaidani, langsir, meja-meja, dan masih banyak lagi perabot lain ke sekretariat dan ibu justeru sangat senang hati. Di rumah kami sendiri, tidak ada wang kecuali sangat sedikit, termasuk sejadah dan langsir yang sebenarnya dibuat sendiri oleh ibu. Kami hanya menggunakan sedikit langsir dan untuk menutup kamar, kami menggunakan apa sahaja bahan yang boleh digunakan. Dengan pengorbanan itu, ibu kelihatan tidak merasakan apa-apa dan seolah-olah dia tidak memberikan apa pun untuk dakwah ini daripada perabot-perabot rumahnya."

- Cinta Di Rumah Hasan Al Banna -


Tsana dalam petikan ini merupakan anak kepada Imam Hasan al-Banna rahimahullah. Ketika ayahnya syahid, beliau baru sahaja berusia 11 tahun.




Petikan ini saya ambil daripada sebuah buku yang sedang saya baca ketika ini iaitu Cinta Di Rumah Hasan Al Banna.

Alhamdulillah banyak pengajaran yang dapat diperoleh daripada buku ini, hasil perkongsian cerita-cerita menarik daripada anak-anak insan yang digelar mujaddid abad ke-20 ini.

Antaranya kisah suasana di rumah mereka, teladan pekertinya, usaha dakwahnya dan macam-macam lagi. Senang cerita, 'JOM BACA BUKU NI!' (^_^)

Ketika saya baca petikan di atas, saya rasa terpanggil untuk berkongsi di sini. Bagaimana yang dikatakan belajar daripada mereka yang mengerti kemanisan iman, Insya-Allah.

Dalam kisah di atas, jelas terpapar kepada kita bagaimana ikhlasnya hati mereka dalam melaksanakan perintah Allah

Masya-Allah.. Sampaikan seakan sudah tiada apa pun di rumah sendiri, isteri Imam Hasan al-Banna masih terasa sangat sedikitnya sumbangan beliau dalam jalan dakwah ini.

Bagaimana pula dengan kita?

Sebahagian daripada kita ada yang Allah berikan rezeki wang lebih daripada keperluan kita. Terutamanya bagi pelajar yang belajar di luar negara yang menerima biasiswa.

Boros?

Shopping?

Simpan untuk kahwin?

Sedarlah kita bahawa rezeki yang Allah berikan kepada kita itu bukan untuk diri kita sahaja, bahkan untuk dikongsikan. Mungkin dengan cara berkongsi dengan mereka yang lebih memerlukan. Ataupun dengan menginfak ke jalan Allah. Insya-Allah.

Barulah bertambah rezeki kita ( pahala ) yang akan menjadi bekalan untuk kita menuju alam yang kekal abadi nanti... Aminnnnn...





Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. dan siapakah yang lebih menepati janji selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.

Taubah : 111
Bookmark and Share

Saturday, 23 April 2011

Generasi Salahuddin Kitalah Orangnya!




Seakan terdengar seruan jihad
Menyeru, memanggil sekalian umat…

Marilah ke sini!
Di sini ada tanah berkat
Di sini dahulunya penanda kiblat
Di sini tercetusnya dakwah nubuwat
Di sini lahirnya perjuangan sahabat…

Akan tetapi…
Musuh juga sering mendengki
“Di sini juga tanah suci kami!”
Di pujuk khalifah berkali-kali
Ditabur wang bersama janji
“Berikan Palestin kepada kami!”
Namun khalifah takkan kompromi
“Walau seinci takkan ku beri!”

Jatuhnya khalifah seakan laknat
Bersama British memasang jerat
Sepucuk surat seakan mandat
Hingga tergadai sebuah daulat…

Mampukah kita bergelak ketawa
Mampukah kita bergurau senda
Ataukah hanya berdiam sahaja
Tatkala musuh dibiar menggila
Darah saudara seakan percuma
Nyawa mereka tiada berharga
Mereka yakin pertolongan kan tiba
Mereka yakin akan janji Yang Esa…

Di manakah kamu sekalian umat?
Di manakah kamu untuk datang menyelamat?

Mana mungkin bantuan kan tiba
Andai kita terus meleka
Andai Islam hanya di nama
Kembalilah kita ke jalan Yang Esa
Generasi Salahuddin kitalah orangnya!

Nukilan : Fontos[180411]

## SPECIAL THANKS TO : Hibatul Hakimi & Haziq Ikhwan
Bookmark and Share

Monday, 18 April 2011

Hati Yang Kau Lukai

"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita," nasihat seorang ibu kepada anaknya.

"Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga bu," kilas si anak.

"Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku," kata ibu itu lagi.

"Saya rasa tidak. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu."

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

"Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti."

Tanpa membantah anak itu setuju.

"Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"

"Baik, ibu."

Beberapa bulan berlalu,mereka sama-sama menghadap dinding tersebut,

"Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?" ujar si anak dengan bangga. "Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya minta maaf."

"Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu...?"

"Maksud ibu?"

"Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah tebuk, calar dan 'berkematu'. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku..."

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya.

Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?





PENGAJARAN :

Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf ( maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain ) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

-Solusi 8-



Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah(panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


Hujurat : 11
Bookmark and Share

Friday, 8 April 2011

Aku Sayang Palestin!

 
BEBAS PALESTIN


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang nusuh mereka. Barang siapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian. Maka para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?" sabda Baginda: "Mereka berada di Baitulmaqdis dan sekitar Baitulmaqdis."

Sabda nabi lagi di Hadis Abu Daud : Bahawa golongan ini akan tetap menegakkan kebenaran, sehingga perjuangan terakhir di antara mereka, akan berjuang menentang al-Masih ad-Dajjal.




"I Love Palestin!!"

"Bebaskan Palestin!!"

"Hancurkan Zionis!!"

Bersemangat! Cintakan Islam! Alhamdulillah jika kita ada sifat sebegini. Tapi betul ke kita semua ni ada semangat 'PEDULI PALESTIN'??

Kalau betul kita semua sayangkan Palestin, jom kita uji pengetahuan kita tentang Palestin!!

Kenal ke siapa gambar-gambar dekat bawah ni? Peduli Palestin kan?




Macam mana? Boleh jawab tak? Kenal?

Kalau tak kenal, jom kita berkenalan dengan tokoh-tokoh ni. Jom!

-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-

Tokoh pertama (atas) merupakan Sheikh Ahmed Yassin. Beliau ini merupakan pengasas kepada pertubuhan HAMAS di Palestin pada tahun 1987.

Sering sekali apabila kita melihat gambar-gambar tokoh ini, beliau merupakan seorang yang berkerusi roda. Tahukah kita apa puncanya? Sebenarnya ianya berpunca daripada sebuah kemalangan yang dialaminya pada usia kecil ketika sedang beriadah. Kesannya, beliau lumpuh pada bahagian kakinya.

Namun, sifat pengecut si Zionis sangatlah jelas apabila mereka membunuh beliau yang kudratnya tidaklah seberapa. Sedangkan untuk bergerak pun memerlukan bantuan kerusi rodanya.

Subuh 22 Mac 2004, beliau diserang ketika dalam perjalanan pulang daripada jemaah Subuh dengan tiga buah peluru berpandu. Dalam kejadian tersebut, beliau bersama empat orang yang lain termasuk anaknya sendiri syahid akibat perbuatan keji si Zionis ini.

-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-

Tokoh kedua (kiri) merupakan Dr. Abdul Aziz al-Rantissi. Beliau ini merupakan pemimpin HAMAS yang kedua. Bukan calang-calang tokoh ini. Beliau merupakan pemegang ijazah perubatan dari Universiti Iskandariah Mesir. Namun begitu, beliau akhirnya memilih untuk bekerja di bawah Ikhwanul Muslimin (IM).

Pelantikan beliau berlaku selepas kematian Sheikh Ahmed Yassin. Beliau pernah ditanya, tidakkah beliau takut akan kematian selepas apa yang berlaku kepada pemimipin sebelummya. Apa tidaknya, ancaman Zionis bila-bila masa sahaja menanti beliau.

"It's death whether by killing or by cancer, it's the same thing. Nothing will change if it's an Apache or cardiac arrest. But i prefer to killed by Apache."

Begitulah jawapan yang diberikan oleh seorang yang benar-benar mengerti erti sebuah syahid!!

Tanggal 17 April 2004, beliau syahid dibunuh oleh tentera udara Israel selepas ditembak dua peluru berpandu dari Apache AH-64 ke arah kenderaan yang dinaikinya bersama tiga orang lain di Jalan Jala, Gifafi, utara Genting Gaza.

Kejadian ini berlaku sebelum genap sebulan pembunuhan ke atas Sheikh Ahmed Yassin.

-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-

Tokoh ketiga (kanan) merupakan Khaled Mashal. Beliau ini merupakan pemimpin HAMAS yang menggantikan kepimpinan selepas syahidnya Dr. Abdul Aziz al-Rantissi.

Pada 25 September 1997, sekali lagi Zionis menunjukkan sifat penakutnya dengan kali ini Khaled Mashal dijadikan sasaran. Usaha pembunuhannya dilakukan oleh Mossad Israel atas arahan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-

So, macam mana?

Kenal? Atau pura-pura kenal?

Peduli Palestin kan?

Kalau kita masih kurang kenal, jom kita sama-sama cuba cedok ilmu sebanyak mungkin daripada orang yang lebih berpengalaman, lebih berpengetahuan tentang bumi Palestin ini.

Bukan susah. Jom kita join peluang yang sudah terhidang ini!

AMAN PALESTIN : 9-10 APRIL 2011 (OLOMOUC)

AQSA SYARIF : 19-21 APRIL 2011 (OLOMOUC-HRADEC KRALOVE-PRAGUE)



Bookmark and Share