Seakan terdengar seruan jihad
Menyeru, memanggil sekalian umat…
Marilah ke sini!
Di sini ada tanah berkat
Di sini dahulunya penanda kiblat
Di sini tercetusnya dakwah nubuwat
Di sini lahirnya perjuangan sahabat…
Akan tetapi…
Musuh juga sering mendengki
“Di sini juga tanah suci kami!”
Di pujuk khalifah berkali-kali
Ditabur wang bersama janji
“Berikan Palestin kepada kami!”
Namun khalifah takkan kompromi
“Walau seinci takkan ku beri!”
Jatuhnya khalifah seakan laknat
Bersama British memasang jerat
Sepucuk surat seakan mandat
Hingga tergadai sebuah daulat…
Mampukah kita bergelak ketawa
Mampukah kita bergurau senda
Ataukah hanya berdiam sahaja
Tatkala musuh dibiar menggila
Darah saudara seakan percuma
Nyawa mereka tiada berharga
Mereka yakin pertolongan kan tiba
Mereka yakin akan janji Yang Esa…
Di manakah kamu sekalian umat?
Di manakah kamu untuk datang menyelamat?
Mana mungkin bantuan kan tiba
Andai kita terus meleka
Andai Islam hanya di nama
Kembalilah kita ke jalan Yang Esa
Generasi Salahuddin kitalah orangnya!
Nukilan : Fontos[180411]
## SPECIAL THANKS TO : Hibatul Hakimi & Haziq Ikhwan
2 comments:
xde options utk share kat fb ke twitter kat bwh :(
Assalamualaikum..
jzkk kpd yg komen kat atas td krana bg sokongan & idea utk mnambah button share..
skrg dah ade (^_^)
jzkk again..thanks for support!
Post a Comment