Tuesday 26 April 2011

Istana Kita Menanti Di Syurga

Kata Tsana, "Ketika menjejakkan kaki ke Kaherah, mereka menyewa sebuah pejabat untuk digunakan sebagai ibu pejabat. Ketika itu, ibu mengambil hampir semua perabot rumah untuk digunakan di ibu pejabat. Ketika ayah menubuhkan sekretariat Ikhwanul Muslimin, ibu malah meminta ayah membawa sebahagian besar perabot rumah agar sekretariat menjadi lebih hidup. Ayah pun memindahkan permaidani, langsir, meja-meja, dan masih banyak lagi perabot lain ke sekretariat dan ibu justeru sangat senang hati. Di rumah kami sendiri, tidak ada wang kecuali sangat sedikit, termasuk sejadah dan langsir yang sebenarnya dibuat sendiri oleh ibu. Kami hanya menggunakan sedikit langsir dan untuk menutup kamar, kami menggunakan apa sahaja bahan yang boleh digunakan. Dengan pengorbanan itu, ibu kelihatan tidak merasakan apa-apa dan seolah-olah dia tidak memberikan apa pun untuk dakwah ini daripada perabot-perabot rumahnya."

- Cinta Di Rumah Hasan Al Banna -


Tsana dalam petikan ini merupakan anak kepada Imam Hasan al-Banna rahimahullah. Ketika ayahnya syahid, beliau baru sahaja berusia 11 tahun.




Petikan ini saya ambil daripada sebuah buku yang sedang saya baca ketika ini iaitu Cinta Di Rumah Hasan Al Banna.

Alhamdulillah banyak pengajaran yang dapat diperoleh daripada buku ini, hasil perkongsian cerita-cerita menarik daripada anak-anak insan yang digelar mujaddid abad ke-20 ini.

Antaranya kisah suasana di rumah mereka, teladan pekertinya, usaha dakwahnya dan macam-macam lagi. Senang cerita, 'JOM BACA BUKU NI!' (^_^)

Ketika saya baca petikan di atas, saya rasa terpanggil untuk berkongsi di sini. Bagaimana yang dikatakan belajar daripada mereka yang mengerti kemanisan iman, Insya-Allah.

Dalam kisah di atas, jelas terpapar kepada kita bagaimana ikhlasnya hati mereka dalam melaksanakan perintah Allah

Masya-Allah.. Sampaikan seakan sudah tiada apa pun di rumah sendiri, isteri Imam Hasan al-Banna masih terasa sangat sedikitnya sumbangan beliau dalam jalan dakwah ini.

Bagaimana pula dengan kita?

Sebahagian daripada kita ada yang Allah berikan rezeki wang lebih daripada keperluan kita. Terutamanya bagi pelajar yang belajar di luar negara yang menerima biasiswa.

Boros?

Shopping?

Simpan untuk kahwin?

Sedarlah kita bahawa rezeki yang Allah berikan kepada kita itu bukan untuk diri kita sahaja, bahkan untuk dikongsikan. Mungkin dengan cara berkongsi dengan mereka yang lebih memerlukan. Ataupun dengan menginfak ke jalan Allah. Insya-Allah.

Barulah bertambah rezeki kita ( pahala ) yang akan menjadi bekalan untuk kita menuju alam yang kekal abadi nanti... Aminnnnn...





Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. dan siapakah yang lebih menepati janji selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.

Taubah : 111
Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment