Wednesday, 16 March 2011

Ini Satu AMARAN!

Sekadar renungan kita bersama agar kita bermuhasabah atas bencana yang Allah timpakan ini sebagai satu ujian kepada manusia.

Video-video di bawah ini begitu meletup sekali sehinggakan mencecah 3 juta orang yang menontonnya dalam masa 4 hari sahaja!



Betapa cepatnya bencana Allah ini berlaku. Cepatnya sehingga mampu memusnahkan kamajuan nagara matahari terbit ini dengan sekelip mata sahaja.




Betapa azabnya bencana Allah ini sehinggakan ciptaan manusia yang kita rasakan besar seperti kapal ini begitu mudah sekali dihanyutkan arus.




56:4
Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya.
56:5
Dan gunung-gunung dihancurluluhkan sehancur-hancurnya.
56:6
Maka jadilah ia debu yang berterbangan.

Al-Waqi'ah : 4-6

Dalam 3 ayat yang dipetik di atas, sungguh jelas tidak mampu untuk kita bayangkan bagaimana dahsyatnya saat datangnya hari Kiamat nanti jika dugaan 'kecil' yang Allah turunkan kepada kita ini sudah terasa seksanya begitu dahsyat sekali.

Mungkin kita tidak merasa sengsaranya dugaan ini kerana tidak terkena pada batang hidung kita sendiri. Kerana tidak terjadi kepada tanah air kita sendiri.

Tetapi bagi mereka yang menghadapi, pasti jelas berbekas di hati mereka betapa dahsyatnya azab Allah itu.

Jika dalam video rakaman tadi kita dapat lihat rumah-rumah dan kereta-kereta dibawa air bagaikan arus menghanyutknan sampah sahaja.

Terbayangkah kita jika Allah menjanjikan di dalam Al-Quran bahawa suatu hari nanti gunung-gunung itu dihancurkan dan diterbangkan seperti debu-debu?

Masih mustahilkah Kiamat itu jika tsunami itu jelas membuktikannya?

Masih adakah masa untuk kita berpaling daripadanya setelah sampai bukti-bukti kepada kita?

Moga setiap yang terjadi ini mengingatkan lagi kita bahawa usia Bumi kita ini sudah hampir ke penghujungnya.

Ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk kita. Cuma kitalah yang harus merebut peluang yang masih ada ini. Allahua'lam...

Bookmark and Share

2 comments:

nak jadi insan taqwa jugak said...

bergantung kpd insan itu sendiri bgmana dia mahu melihat kejadian ini.

ada berkata ini natural disaster dan disaster ini disebabkan kejadian manusia sndri.

semoga iman yg secebis dpt memandu ke arah taqwa yg haq dlm melihat kekuasaan tuhan ini.

p/s: kalo blh bg la cket ayat2 quran yg blh diponder or hadith2 sohih yg berkaitan.heh2

ensem said...

sentiasalah ingat bahawa setiap hari mati dan kiamat itu semakin hampir..

Post a Comment